Penduduk di Blok 37C, Eunos Road 2, mungkin berkongsi perjalanan lif mereka dengan ‘rakan’ yang tidak dijangka – sebuah robot pembersihan berautonomi yang menjalankan tugas di kawasan umum estet perumahan tersebut.
Dilengkapi dengan penderia dan disepadukan dengan sistem lif, robot berkenaan mampu naik turun lif untuk membersihkan koridor di semua tingkat di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) tersebut.





