TEHERAN: Usaha diplomatik bagi menamatkan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat terus dipergiat apabila kedua-dua negara dilaporkan masih bertukar mesej dan draf cadangan menerusi pengantaraan Pakistan untuk mencapai rangka kerja perjanjian damai.
Agensi berita separa rasmi Iran, Isna, melaporkan rundingan tidak langsung antara Teheran dengan Washington masih berlangsung pada lewat 21 Mei dan beberapa pegawai Pakistan masih berada di Teheran...





