Singapura mesti memperkukuh kedudukannya bukan sahaja sebagai pusat kewangan utama di Asia, bahkan sebagai hab kewangan kecerdasan buatan (AI) yang dipercayai, tegas Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong.
“Pusat kewangan masa depan bukan sahaja bergantung pada pasaran yang kukuh, institusi mantap dan prasarana yang baik, walaupun semua ini masih penting,” kata Encik Gan ketika berucap semasa pelancaran kajian baru...





