Pegawai awam seharusnya lebih fokus kepada penyelesaian masalah dan cara melaksanakannya, bukannya terlalu terikat dengan alasan mengapa sesuatu tidak boleh dilakukan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat pada 19 Mei.
Beliau turut menggalakkan kakitangan awam dan sivil supaya berani mengambil risiko dengan idea baharu dan sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan rakan kongsi yang membawa pelbagai perspektif berharga.





