Di atas laluan basikal yang panas dan berliku di The Kallang, tiga lelaki tidak sekadar mengayuh untuk menamatkan perlumbaan, bahkan melakukannya dalam baju Melayu lengkap dengan kain samping.
Menurut ketiga-tiga peserta itu, di situlah timbulnya paradoks, di mana pakaian tradisional yang penuh adab bertembung dengan dunia perlumbaan yang berdaya saing seiring pacuan hormon adrenalina.





