JOHOR BAHRU: Keputusan sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan sebelum atau selepas PRN Melaka bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang juga Sultan Johor, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, apabila tiba masanya...





