KAHERAH: Hamas dilapor bersedia menyerahkan ribuan senjata automatik dan peralatan milik pasukan polis serta perkhidmatan keselamatan dalaman di Gaza, dalam satu langkah yang dilihat sebagai perubahan ketara dalam pendirian kumpulan itu.
Dua pegawai Hamas yang enggan dikenali berkata kepada The New York Times, senjata tersebut boleh diserahkan kepada jawatankuasa pentadbiran Palestin yang disokong Amerika Syarikat, yang ditubuhkan bagi mengurus Gaza...





