KOTA BHARU: “Sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan dan selebihnya saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.”
Demikian luahan Encik Mohd Azaudin Abdullah, 43 tahun, iaitu bapa kepada pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang maut dipercayai dirempuh kenderaan yang dipandu guru wanita di hadapan surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kelantan pada 12 April.





