Langkah pertama perniagaan semasa krisis lazimnya adalah mengurangkan kos, namun konflik berterusan di Timur Tengah dapat membuka peluang yang boleh dimanfaatkan perniagaan, kata penaung Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Zaqy Mohamad.
Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), menambah perdagangan sejagat adalah lebih rumit dengan pelaksanaan tarif dan langkah perlindungan, sekali gus...





