Dua platform media sosial, X dan TikTok, telah menerima Surat Amaran daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berikutan penemuan kelemahan serius dalam sistem mereka untuk mengesan dan memadamkan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak (CSEM) serta kandungan berkaitan pengganasan.
Dengan itu, dua wadah media sosial itu kini diletakkan di bawah pengawasan dipertingkat yang memerlukan mereka melaksanakan langkah pembetulan dan memberi kemas kini...





