Inovasi dan pembaharuan bukan lagi pilihan. Malah, ia satu keperluan untuk terus bertahan dan berkembang dalam industri makanan dan minuman (F&B) yang semakin mencabar.
Tiga jenama warisan, Warong Pak Sapari, Haig Road Putu Piring dan Nasi Lemak Ayam Taliwang, berkembang pesat dengan perniagaan masing-masing mengambil pendekatan berbeza untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.





