KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama-sama agensi berkaitan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keterjaminan makanan di Malaysia terus terpelihara susulan konflik geopolitik di Asia Barat serta cuaca panas ketika ini.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata tumpuan diberikan kepada pengurusan bekalan yang lebih cekap, pengukuhan rantaian agromakanan serta pelaksanaan langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan faktor...





