KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dijangka perlu bersedia menghadapi kenaikan harga sayur-sayuran seawal minggu hadapan menyusuli kesan konflik di Asia Barat yang mula dirasai di Malaysia.
Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, berkata kenaikan itu boleh berlaku dalam tempoh satu hingga dua minggu akan datang.





