JAKARTA: Indonesia menangguhkan rancangan menghantar 8,000 anggota pengaman ke Gaza susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat, kata Menteri Setiausaha Negara, Encik Prasetyo Hadi, selepas mesyuarat penyelarasan di Kementerian Pertahanan. “Semuanya ditangguhkan buat masa ini,” katanya kepada wartawan.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat berikutan situasi keselamatan serantau yang semakin tidak menentu, sekali gus menjejaskan penyertaan Indonesia dalam misi Pasukan...





