Apabila Cik Athirah Alfaiz Loqman, 21 tahun, diberi peluang untuk mereka bentuk sampul Hari Raya Yayasan Mendaki tahun ini, beliau tidak teragak-agak untuk menerima cabaran itu.
Bagi mahasiswi Reka Bentuk Grafik, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu, menggunakan kreativitinya untuk menyumbang kepada masyarakat adalah satu penghormatan baginya.





