TEHERAN: Ketua Keselamatan Iran, Encik Ali Larijani, terbunuh dalam serangan Israel, disahkan Teheran pada 17 Mac menjadikannya pegawai paling kanan yang terkorban sejak tercetusnya perang Amerika Syarikat-Israel.
Sementara itu, seorang pegawai kanan Iran memaklumkan bahawa pemimpin tertinggi baharu negara itu menolak tawaran meredakan ketegangan yang disampaikan melalui negara perantara.





