Lebuh raya di wilayah selatan dijangka menerima lonjakan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini (2026), sekali gus mendorong pelbagai langkah persediaan diperkukuh bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Plus Malaysia Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia...





