KUALA LUMPUR: Beberapa individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah), iaitu pendakwah bebas, Zamri Vinoth, serta aktivis, Arun Dorasamy, didakwa berkaitan kes provokasi agama di beberapa mahkamah berasingan di Malaysia pada 17 Mac.
Di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Zamri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam berhubung penganjuran perhimpunan di hadapan sebuah kompleks...





