Lebih banyak pihak membatalkan rumah terbuka Aidilfitri pada Syawal ini, menyusuli pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan menganjurkan majlis serupa sebagai langkah penjimatan berikutan ketegangan semasa di Timur Tengah.
Perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara dan parti politik seperti Umno Kelantan, termasuk Ahli Parlimen kerajaan, turut mengambil keputusan yang sama.





