Mengenangkan ibunya yang bekerja keras sebagai seorang jururawat untuk mencari rezeki sering memotivasikan Encik Danial-Zanefy Azman untuk terus berusaha sedaya upaya untuk maju dalam pelajaran.
Dengan cabaran kewangan yang dihadapi, Encik Danial, 22 tahun, tidak pernah mempunyai tuisyen tetapi ia tidak menghalang beliau untuk mencapai keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ sehingga dapat mengikuti ijazah Sarjana Muda...





