Di sebalik kejayaan setiap operasi pemindahan rakyat Singapura dari zon berisiko, terletaknya kisah pengorbanan dan ketabahan para pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang menjadi “tulang belakang” operasi.
Antara mereka ialah anggota pasukan respons krisis, Encik Muhamad Faizal Abdul Rahim, yang terlibat dalam operasi penghantaran balik rakyat Singapura dari Jeddah, Arab Saudi.





