TEHERAN: Pemimpin Tertinggi Iran yang baharu, Ayatollah Mojtaba Khamenei, menegaskan bahawa Teheran akan terus menentang Amerika Syarikat dan Israel serta mengekalkan penutupan Selat Hormuz sebagai alat tekanan strategik dalam perang yang semakin memuncak di Asia Barat.
Dalam kenyataan pertamanya sejak menggantikan bapanya yang terbunuh dalam serangan udara Israel, Encik Mojtaba pada 12 Mac memberi amaran bahawa Iran tidak akan berundur...





