Perlawanan persahabatan pasukan bola sepak lelaki kebangsaan menentang Kepulauan Faroe di Dubai pada 26 Mac telah dibatalkan, selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengutamakan “keselamatan dan kesejahteraan” pasukan serta penyokong berikutan konflik yang masih berterusan di Timur Tengah.
Apabila ditanya Berita Harian (BH) seorang jurucakap FAS berkata keputusan tersebut dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap perkembangan situasi keselamatan di rantau tersebut...





