Anak muda Johor digesa memanfaatkan peluang pembangunan ekonomi negeri termasuk melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan bermutu tinggi pada masa hadapan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata penyertaan hampir 1,500 belia dari pelbagai daerah, pertubuhan dan latar belakang dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Belia Negeri Johor mencerminkan semangat kebersamaan serta iltizam...





