Orang ramai dan syarikat mengikrarkan lebih $100 juta untuk tujuan sosial dan masyarakat, jumlah yang boleh digandakan di bawah geran padanan pemerintah untuk derma yang dibuat pada 2025, sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura (SG60).
Geran padanan SG Gives yang dilancarkan pada Belanjawan 2025 memadankan sumbangan yang dibuat kepada program melalui Dana Masyarakat, Cabaran Presiden serta Kolektif bagi Masyarakat...





