Menjelang waktu berbuka di bawah Blok 301, Tampines Street 32, suasana bazar Ramadan mula terasa hidup dengan suara penjual yang melaungkan jualan mereka untuk menarik perhatian pelanggan.
Dengan pelbagai deretan gerai kecil pelanggan mula beratur untuk mendapatkan hidangan tradisional seperti nasi ambeng, mi goreng udang, kuih kaswi santan serta minuman klasik seperti air katirah dan cendol.





