Taman Warisan Melayu (MHC), yang bakal dibuka semula pada April, akan menubuhkan unit penyelidikan untuk membina badan ilmu dan repositori mengenai budaya dan warisan Melayu Singapura.
Ini adalah sebahagian usaha mengukuhkan dirinya sebagai peneraju pemikiran utama mengenai budaya dan warisan Melayu di Singapura dan rantau ini, umum Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.





