Kuota Skim Keutamaan Anak Ketiga (TCPS) bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan digandakan kepada 10 peratus, daripada 5 peratus sebelumnya.
Pemerintah mengambil langkah itu untuk membolehkan lebih banyak keluarga dengan tiga anak atau lebih memiliki rumah, dengan menggandakan kuota TCPS bagi flat HDB Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Jualan Baki Flat (SBF).





