TEHERAN: Iran mengumumkan bahawa Selat Hormuz kini ditutup dan memberi amaran bahawa Teheran akan melepaskan tembakan ke atas mana-mana kapal yang cuba melalui laluan strategik itu, ketika ketegangan memuncak susulan serangan yang diterajui Amerika Syarikat ke atas Iran.
Amaran tersebut dibuat ketika Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mula melaksanakan serangan serentak ke atas Teheran dan Beirut. Tentera Udara Israel dilaporkan melancarkan...





