JAKARTA: Sekurang-kurangnya setengah juta rakyat Indonesia kini berada di Asia Barat dengan pilihan terhad untuk keluar, ketika perang antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran memasuki hari keempat dan semakin meluas ke serata rantau itu.
Kementerian Luar Indonesia pada lewat 2 Mac mengesahkan terdapat 519,042 warga Indonesia yang direkodkan menetap di Asia Barat setakat 28 Februari, berdasarkan data perwakilan diplomatik.





