Kedai makanan ringan dan kuih raya di Larkin, Johor Bahru, kembali menjadi tumpuan warga Singapura setiap kali Ramadan apabila pelanggan Singapura sanggup berbelanja ratusan ringgit demi mendapatkan juadah Aidilfitri pada harga lebih menjimatkan.
Pemilik Kerepek Kasawari, Encik Fato Lizan Abdul Rahman, 52 tahun, berkata perniagaannya yang beroperasi sejak 2003 mencatatkan jualan kira-kira 20 tan kerepek sepanjang Ramadan 2025.





