Singapura perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI) dan memperkasa ekonomi berasaskan AI bagi menjamin fasa pertumbuhan seterusnya dan pekerjaan baik dalam dunia yang sedang berubah dan penuh ketidaktentuan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong.
Dorongan AI itu merupakan antara lima teras strategik yang digariskan Encik Gan, juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, dalam strategi pertumbuhan Singapura semasa...





