Kementerian Kewangan (MOF) akan memanfaatkan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) untuk menyegarkan sistem pemerolehan tender pemerintah GeBIZ secara komprehensif dan meningkatkan produktiviti, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kewangan), Encik Shawn Huang.
Berucap di Parlimen pada 26 Februari semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MOF, beliau berkata GeBIZ yang diperbaharui akan melangkaui peringkat penyumberan, dan akan merangkumi peringkat prapenyumberan...





