Meskipun pernah memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta, Encik Zainul Abidin Rasheed menganggap bimbingan mentor sebagai tiang seri yang menggerakkan kejayaannya dalam setiap bidang yang diceburi.
Mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) dan mantan editor Berita Harian (BH) berusia 77 tahun itu malah berkata, beliau banyak mendapat manfaat daripada perhubungan mentor – yang melangkaui sekadar kaitan di tempat...





