Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (OCHA) – yang memberi kuasa kepada pemerintah mencegah kegiatan jenayah siber sejak Februari 2024 – merupakan satu daripada beberapa langkah yang berjaya menurunkan kes penipuan pada 2025.
Laporan tahunan penipuan Pasukan Polis Singapura (SPF) 2025 mendedahkan, kadar kes merosot buat pertama kali setelah lapan tahun meningkat berturut-turut.





