TEHERAN: Gelombang baharu bantahan anti pemerintah kembali tercetus di kampus universiti di Iran untuk hari kedua berturut-turut, walaupun pihak berkuasa sebelum ini melancarkan tindakan keras berdarah terhadap demonstrasi nasional.
Menurut kumpulan pelajar dan organisasi hak asasi manusia, protes berlaku sekurang-kurangnya di tujuh kampus di Teheran serta di bandar Mashhad. Video yang disahkan media antarabangsa menunjukkan ratusan pelajar berhimpun sambil melaungkan...





