“Bila kita nak beli rumah baru?”
Soalan itu, walau ditanya dengan tulus oleh anak perempuan mereka yang ketika itu berusia tujuh tahun, sebaliknya membawa beban emosi ke atas pasangan Cik Nurfitrah Yahya dan Encik Muhammad Nazri Zakaria, lebih-lebih lagi apabila kerap ditanya hampir setiap hari.





