Keceriaan terpancar di wajah sedang seramai 100 keluarga berpendapatan rendah meluangkan pagi 21 Februari meneroka kandang kuda yang baru dilancarkan di Sembawang, Gallop.SG.
Kunjungan tersebut, yang diadakan sempena pembukaan rasmi Gallop.SG, memberi peluang kepada keluarga memberi makan kepada kuda padi dan menunggang kuda, serta menikmati permainan karnival dan lawatan kandang berpandu.





