JAKARTA: Pemerintah Indonesia akan mula menyekat akaun media sosial milik kanak kanak sebaik sahaja dasar had umur minimum pengguna Internet berkuat kuasa pada Mac ini, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital.
Menteri Komunikasi dan Digital, Cik Meutya Hafid berkata peraturan teknikal bagi melaksanakan Peraturan Kerajaan (PP) No.17/2025 berkaitan perlindungan kanak kanak dalam sistem elektronik kini di peringkat akhir sebelum dikuatkuasakan. “Kami...





