Satu kumpulan kerja baru yang dibentuk merangka strategi memperkukuh kedudukan Singapura sebagai pusat utama modal pertumbuhan dijangka mengemukakan laporan cadangannya menjelang akhir 2027.
Dinamakan Kumpulan Kerja Modal Pertumbuhan, kumpulan kerja tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat, yang juga Timbalan Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS).





