KUALA LUMPUR: Ibu kandung tiga kanak-kanak yang dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis Methadone sehingga mengakibatkan seorang daripada anaknya maut dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kajang, Selangor, telah ditahan polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata wanita berusia 35 tahun dan suaminya berusia 44 tahun ditahan polis pada pagi 12 Februari di Kajang, untuk siasatan lanjut.





