DHAKA: Bangladesh melangkah ke medan demokrasi apabila jutaan pengundi keluar mengundi pada Khamis, 12 Februari, dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang dilihat sebagai detik penentu masa depan negara itu selepas kejatuhan bekas perdana menteri Sheikh Hasina pada 2024.
Pilihan raya ini menjadi simbol kebangkitan politik generasi muda, khususnya Generasi Z, yang memimpin gelombang protes besar-besaran sehingga menggulingkan pemerintahan Cik Hasina...





