Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin goyah apabila beliau bukan saja digesa meletak jawatan oleh pemimpin kanannya, malah kehilangan sokongan Bersatu di negeri asalnya sendiri, Johor.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, menjadi pemimpin kanan pertama yang mendesak Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu, dengan mendakwa mantan Perdana Menteri...





