Pihak berkuasa kini “hanya menyelesaikan perkara terakhir” dalam usaha memulihkan sepenuhnya waktu ketibaan bas, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, pada 9 Februari.
Menjawab soalan media semasa temu bual mengenai penambahan laluan terbaru dalam Program Peningkatan Khidmat Bas (BCEP), Encik Siow berkata sebahagian besar kerja pemulihan sistem, yang menghadapi masalah kira-kira sebulan lalu, melibatkan kemas kini manual pada perisian...





