Seorang warga emas Singapura menghidap demensia ringan telah dilaporkan hilang di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 7 Februari, kongsi anak menantu lelakinya menerusi satu hantaran di Instagram, daripada akaun @wan_toh.
Menurut hantaran itu, mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim Yunos, kali terakhir dilihat di kawasan sekitar perumahan Anggun Residence, di 4 Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.





