JAKARTA: Pemerintah Indonesia merancang untuk meluaskan pelaksanaan Program Makanan Percuma Berkhasiat (MBG) tahun 2026 ini bagi merangkumi sehingga 400,000 warga emas serta kira-kira 36,000 individu orang kurang upaya (OKU), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh perlindungan sosial dan pemakanan golongan rentan.
Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf, berkata kementeriannya telahpun melaksanakan inisiatif penyediaan makanan untuk warga emas sebelum ini, namun...





