JAKARTA: Pemerintah Indonesia menyediakan pakej rangsangan ekonomi bernilai 12.83 trilion rupiah ($971.5 juta) bagi suku pertama 2026 bagi merancakkan perbelanjaan pengguna sepanjang Ramadan dan Aidilfitri dari Februari hingga Mac, dengan tumpuan utama kepada pengurangan kos perjalanan dan bantuan sosial kepada isi rumah berpendapatan rendah.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto, berkata pakej tersebut dirangka bagi menyokong pertumbuhan ekonomi...





