Sekitar 200 kakitangan masjid telah dilatih oleh para karyawan industri bagi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan mereka di bawah inisiatif Salam SG, sebagai persediaan menyambut para jemaah sempena Ramadan yang akan datang.
Ini merupakan kali pertama SalamSG menganjurkan inisiatif latihan kecemerlangan perkhidmatan profesional yang melibatkan karyawan Melayu/Islam daripada sektor komunikasi dan jualan, kata Pengerusi bersama SalamSG Ramadan, Ustaz Mohammad Fairuz Shah...





