Kanak-kanak yang mengunjungi Muzium Kanak-Kanak Singapura (CMSG) kini boleh mengikuti pembelajaran warisan dengan cara lebih menyeronokkan dan interaktif menerusi WonderBot 2.0, watak digital terkini muzium itu.
Dibangunkan bersama Tencent, WonderBot 2.0 mampu mendengar, menjawab soalan dan berbual mengikut masa nyata dengan pengunjung muda.





