ALOR SETAR: Eksekutif operasi bank yang ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara pada 2 Februari dikatakan bakal bernikah pada minggu hadapan.
Ibu tiri mangsa, Cik Norsiah Yahya, 66 tahun, berkata Allahyarhamha Zahrullail Basir, 52 tahun, kelihatan gembira ketika membuat persiapan untuk berkahwin kali kedua dengan rakan lamanya selepas beberapa tahun...





